at kukup
Picture taken at Kukup

You Are Visitor Number
You Are Visitor Number


Friday, October 28, 2005
perpisahan

yesterday was our Lembaga Pengawas's Majlis Perpisahan
here is my very long speech:


         Terima kasih, saudara pengerusi majlis. Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Pengetua, Puan Hajah Salbiah binti Yahya, Guru Penasihat Lembaga Pengawas, Puan Choo Chai Kwai dan rakan-rakan pengawas yang saya kasihi.

         Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis Perpisahan Lembaga Pengawas Tahun 2005 kerana sudi memberikan peluang kepada saya untuk menyampaikan sepatah dua kata di sini. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pengelola kerana berjaya mengadakan majlis tahunan yang amat bermakna ini.
Hadirin sekalian,

         Sebagai Ketua Pengawas bagi sesi tahun 2004/2005, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan saya kepada pihak sekolah atas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk menyandang jawatan ini. Pelantikan saya sebagai Ketua Pengawas sememangnya telah mendatangkan banyak cabaran kepada saya. Walau bagaimanapun, saya amat bersyukur kerana segala cabaran dan dugaan itu telah menjadikan diri saya seorang pelajar yang lebih berpengalaman, matang dan berdikari. Saya yakin bahawa pengalaman dan peluang ini dapat membantu saya dalam pelbagai bidang apabila saya menjejakkan langkah ke pangkuan masyarakat kelak.

         Sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai Ketua Pengawas, pelbagai kesulitan telah saya hadapi. Walau bagaimanapun, segala kesulitan itu telah berjaya diatasi berkat bimbingan dan tunjuk ajar daripada para pentadbir dan guru-guru. Oleh yang demikian, saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pentadbir dan guru-guru SMK Jalan Kolam Air yang tidak pernah berasa keberatan untuk membantu saya menangani segala masalah yang dihadapi oleh Lembaga Pengawas. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Puan Hajah Salbiah binti Yahya dan Guru Penasihat Lembaga Pengawas, Puan Choo Chai Kwai atas segala nasihat dan galakan yang telah diberikan kepada pengawas-pengawas dalam melaksanakan tugasan harian mereka.

         Bak kata pepatah, bersekutu bertambah mutu. Tidak dapat dinafikan bahawa permuafakatan dan kerjasama antara para pengawas amat penting untuk membentuk satu Lembaga Pengawas yang utuh dan efisien. Sebenarnya, permuafakatan antara pengawaslah yang telah memberikan dorongan yang banyak kepada saya untuk terus berusaha mencari ikhtiar untuk mengatasi masalah disiplin pelajar di sekolah ini. Bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh semua pengawas amatlah saya hargai dan sekali lagi saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengawas, khasnya para AJK yang telah bertungkus-lumus melaksanakan tugasan harian mereka.

         Dengan menggunakan kesempatan ini juga, saya ingin meminta maaf kepada pengawas-pengawas kerana pada tahun ini, kita hanya dapat menganjurkan Kursus Kepimpinan Pengawas secara kecil-kecilan sahaja, iaitu tidak dapat melibatkan semua pengawas. Kursus yang sememangnya telah dirancang pada awal tahun ini tidak dapat dianjurkan kerana terdapat sedikit kekangan yang dihadapi. Minta maaf saya ucapkan.

         Sesungguhnya, sifat kepimpinan yang tegar harus ada pada diri seseorang pengawas. Dengan menggunakan kesempatan ini, saya ingin menamakan beberapa orang pengawas yang saya rasa mempunyai sifat kepimpinan yang tegar tersebut. Mereka ialah saudara Tee Chong Jui dan saudari Lee Wen Xin yang memegang jawatan sebagai Ketua Unit Lembaga Pengawas Sidang Pagi pada tahun ini. Selain itu, terdapat juga beberapa orang pengawas yang telah berusaha bertungkus-lumus dan berdedikasi dalam menjalankan tugasan harian mereka serta menjayakan pelbagai aktiviti Lembaga Pengawas .Mereka yang dimaksudkan itu termasuklah saudara Cher Jin Hui, saudari Liao Evonne, saudara Low Kim Yeong, saudari Shafiqa binti Abdul Shukur, saudara Yeo Chia Hwee, saudara Kwok Jing Hang dan lain-lain lagi. Selama ini, saya dapat melihat mereka berkhidmat dengan penuh komitmen dan penuh dedikasi demi kebaikan Lembaga Pengawas. Dengan ini, saya berharap agar para pengawas dapat meneladani sikap positif beberapa orang pengawas yang saya sebutkan tadi semasa menjalankan tugas anda.

         Seterusnya, saya ingin mengucapkan tahniah kepada pengawas-pengawas yang akan dipilih menjadi AJK Lembaga Pengawas SMK Jalan Kolam Air bagi Sesi Tahun 2005/2006. Anda semua haruslah berasa bangga kerana diamanahkan tanggungjawab sebagai pembantu utama kepada guru-guru dalam meningkatkan disiplin pelajar-pelajar di sekolah ini. Walaupun tanggungjawab sebagai AJK Lembaga Pengawas amat berat, namun saya berharap agar semua pengawas akan terus bersemangat positif dan komited untuk memikul segala tugas yang diamanahkan. Selain itu, saya juga mengalu-alukan para pengawas supaya bertemu dengan saya untuk mendapatkan sebarang bantuan jika menghadapi apa-apa masalah atau kesulitan dalam tugasan harian walaupun setelah saya meninggalkan sekolah ini.

         Di sini, saya ingin mewakili semua pengawas Tingkatan 5 yang bakal meninggalkan sekolah ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pentadbir dan guru-guru SMK Jalan Kolam Air atas segala tunjuk ajar yang telah dicurahkan. Kami berjanji akan terus meningkatkan nama baik SMK Jalan Kolam Air dengan berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang bakal kami hadapi tidak lama lagi. Saya berdoa agar semua pengawas Tingkatan 5 dapat merealisasikan impian mereka untuk memasuki menara gading selepas tamatnya pendidikan sekolah menengah.

         Sebelum mengundurkan diri, saya ingin memohon maaf kepada semua pihak sekiranya saya telah tersinggung perasaan mana-mana pihak atau melakukan apa-apa kesilapan sepanjang tempoh perkhidmatan saya sebagai Ketua Pengawas. Akhir kata, selamat maju jaya saya ucapkan kepada semua pengawas dan semoga Lembaga Pengawas dapat terus berkembang maju di bawah pimpinan ahli jawatankuasa Lembaga Pengawas sesi tahun 2005/2006.

         Sekian, terima kasih.

Posted at 09:43 pm by shingcheng

Viena
April 10, 2008   10:11 PM PDT
 
thnx a lot 2 da anyone hu wrote this damn long karangan.Ectually i don't mean in,da 'damn'.It is just for hiasan.Thnx lot!
Sh|NgCheNg
October 29, 2005   08:21 PM PDT
 
haha...i use more than 10 minutes to deliver the speech...reli very long~
Jovin
October 29, 2005   11:59 AM PDT
 
bla bla bla... i hate speeches... especially the long one!!! *pointing at above*
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry

MY PROFILE...

Name :
- Tan Shing Cheng
- ³ÂÐÅÛÚ
Gender :
- Male
Race :
- Chinese
School :
- SMK Jalan Kolam Air
- SMK Dato' Bentara Luar
Date Of Birth :
- 28 Nov 1988
Age :
- 18
Location :
- Batu Pahat, Johore
Affiliation :
- Malaysian Red Crescent Society (Batu Pahat)
- St. John Ambulance Malaysia (Pontian)
Nickname :
- Sh|NgCheNg
Zodiac :
- Sagittarius
ICQ :
- 99592583 (Very seldom use it)
.

LINKS...
alice --->
http://www.wretch.cc/blog/alicelsy 
chong jui --->
http://jasontcj.multiply.com/journal 
elween --->
http://diamond-drops2.blogspot.com 
eunice --->
http://eunicerubbish.blogspot.com 
jovin --->
http://www.venusvin.blogspot.com 
lembaga pengawas SMKJKA web --->
http://www.geocities.com/lpsmkjka 
mandy --->
http://mandyals88.blogspot.com 
nimal --->
http://www.wretch.cc/blog/nimal90 
pey ling --->
http://peyling8usouogata.spaces.live.com 
pin ping --->
http://pinping0108.spaces.live.com 
polly --->
http://pollyhere.blogdrive.com/ 
SMKJKA web (in construction) --->
http://geocities.com/utama_smkjka 
shing long --->
http://shinglong.blogspot.com 
su min --->
http://www.wretch.cc/blog/elsmins 
swee leng --->
http://airsupply.blogdrive.com 
wei wei --->
http://fantasywei.blogdrive.com 
xian hui --->
http://geocities.com/xianhui89/index_blog.htm 
yan ning --->
http://johnsoneo.blogdrive.com 
yeen shuang --->
http://yeenshuang.blogspot.com 
yew xi --->
http://www.wretch.cc/blog/IysHaY 
yi jun --->
http://www.wretch.cc/blog/jun1104 
yi shan --->
http://www.wretch.cc/blog/lyshan13 
yon hui --->
http://www.wretch.cc/blog/liqiuyue 
yu pin --->
http://avin316.blogspot.com 
zhen liang --->
http://www.wretch.cc/blog/BoYz11 

 

 

ShINgCheNg's tag board


   





<< October 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31

MEMORABLE ARCHIVES
A visit to Kukup + birthday celebration 
A visit to Penang 
Blood Donation Campaign 
Genting trip 
How to apply to participate in PLKN 
Huo Yuan Jia 
Malacca trip, SMKA & SDBL Sports Day 
Minyak Beku 
My experience in NS 
My opinion on MOE's decision 
PBSM new members welcoming party 
PBSM new members welcoming party (SDBL) 
Pictures taken with teachers 
PLKN pictures 
Pesta Karnival Tahun Baru Cina 2006 
Speech during Prefects' farewell party 2005 
SPM books for sale 
UKM camp 
Victor's birthday party 

BIRTHDAY LIST

january 02 ---> yi yong
january 04 ---> chong jui
january 06 ---> jin hui
january 11 ---> melissa
january 13 ---> yi hong
january 19 ---> yann tyng
january 22 ---> wen xin
january 25 ---> seang mei
january 30 ---> yu wen
february 01 ---> chang pang
february 02 ---> cynthia
february 07 ---> teck sun
february 12 ---> poon chuan
february 19 ---> huey yng
february 23 ---> wee hann
february 25 ---> fong yee
february 29 ---> zhen liang
march 02 ---> lih ju
march 04 ---> liu bing
march 05 ---> shin yuan
march 04 ---> liu bing
march 05 ---> shin yuan
march 10 ---> hoon ngo
march 11 ---> alice
march 11 ---> chung hauw
march 14 ---> huie ching
march 16 ---> yu pin
march 16 ---> you choon
march 17 ---> wan sin
march 17 ---> karen
march 21 ---> han jie
march 22 ---> pei chin
march 25 ---> siam pine
march 27 ---> ting ying
march 27 ---> ying yinn
april 04 ---> huey jun
april 06 ---> sin yee
april 11 ---> ting wei
april 13 ---> polly
april 15 ---> poh wei
april 20 ---> cheng yong
april 23 ---> sook jia
april 24 ---> bih shya
april 26 ---> wei siong
april 28 ---> chaa chian
may 01 ---> xuan xuan
may 05 ---> joan
may 13 ---> swee leng
may 17 ---> wan chee
may 17 ---> soot ling
may 16 ---> evonne
may 24 ---> kim yeong
june 02 ---> seek chuan
june 05 ---> yeen shuang
june 06 ---> ya zhi
june 15 ---> boon long
june 16 ---> meng jian
june 19 ---> kok li
june 19 ---> beatrice
june 20 ---> peggie
june 23 ---> shirley
june 26 ---> yah lee
june 28 ---> kai june
july 01 ---> chee hau
july 02 ---> phei yee
july 02 ---> xue xian
july 04 ---> jessica
july 05 ---> joey
july 06 ---> mandy
july 13 ---> jia shyan
july 14 ---> xian hui
july 16 ---> meng jian
july 25 ---> pao ling
july 26 ---> pey ling
july 26 ---> mei fang
july 28 ---> jian yang
july 29 ---> alvin
july 30 ---> yi shan
august 10 ---> nimal
august 14 ---> su min
august 15 ---> jun lim
august 24 ---> jun hao
august 29 ---> see yong
september 11 ---> chia sin
september 11 ---> vincent
september 14 ---> yih ying
september 15 ---> mei li
september 15 ---> eng ee
september 16 ---> jeng fong
september 16 ---> cik faridah
september 16 ---> yan ning
september 17 ---> yivon
september 19 ---> wendy
september 20 ---> xin ying
september 21 ---> yu bin
september 24 ---> jye yin
september 27 ---> wee teck
september 29 ---> wei wei
september 29 ---> puan salbiah
october 01 ---> yinn xi
october 01 ---> yi fang
october 02 ---> mr. soh
october 05 ---> li lin
october 06 ---> yong chong
october 08 ---> peggy
october 08 ---> wendy
october 09 ---> heng yap
october 10 ---> yon hui
october 28 ---> kian ming
november 01 ---> lip kee
november 04 ---> yi jun
november 06 ---> kai chin
november 06 ---> yow cheng
november 12 ---> chia hwee
november 13 ---> yew jin
november 14 ---> hafiz
november 16 ---> vanessa
november 20 ---> huie chian
november 21 ---> hwai hock
november 28 ---> shing cheng!!!!!
november 29 ---> yih neng
december 02 ---> mrs. chua (choo)
december 02 ---> hui gee
december 05 ---> su ling
december 10 ---> shelvi
december 19 ---> cheng hong
december 19 ---> chai wei
december 24 ---> d'hann
please let me know if I left out your birthday...






Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed